Saturday, July 2, 2011

Dilema BerSUARA

Bismillahirrahmanirrahim

Pendahuluan


"Apabila kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kuasa) mu, jika tidak mampu dengan perkataanmu, jika tidak mampu juga dengan hatimu, itulah selemah-lemah iman"
Berpandukan kepada hadith di atas, menjadi kewajipan bagi muslim itu mencegah kemungkaran di yang berlaku di sekeliling mereka. Kemungkaran itu mungkin dalam bentuk individu (couple, berzina) atau masyarakat (penganjuran konsert yang melanggar syariat) persatuan (penipuan duit ahli, tidak menjalankan amanah) atau negara (korupsi dalam pengurusan harta negara, ketidakadilan dalam sistem kehakiman dan penipuan dalam pilihanraya).

Dilema Mahasiswa


Bergantung kepada posisi dan kemampuan kita boleh memilih antara 3 kaedah yang disebut dalam hadith di atas. Dan, di peringkat mahasiswa, saya berpendapat, pilihan kita samada bersuara ataupun berdiam diri.

Kebanyakan mahasiswa, dikala pelbagai isu bermain samada di peringkat lokaliti, nasional mahupun global memilih untuk hanya mendiamkan diri. Ada beberapa kemungkinan, pada pemerhatian saya ada dua sebab utama.

Pertamanya, mungkin kerana mereka tidak mahu menimbulkan suasana tegang lalu memilih jalan berdiam diri. Ini biasanya kerana mahu menjaga hubungan baik sesama kawan ataupun menjaga hubungan persatuan-ahli-pihak berwajib. Saya menghormati pendirian sebegini.

Keduanya, mereka memang tidak ambil tahu dengan keadaan sekeliling, bagi mereka akademik mereka adalah tujuan yang paling terutama. Ya, saya sendiri bersetuju, akademik adalah nombor satu tetapi keadaan sekeliling, masalah kawan-kawan dan masyarakat sekeliling bukan nombor dua.

"Sesiapa yang tidak mengambil berat hal orang Islam, ia bukan sebahagian mereka"

"tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)"
Saya pernah membaca buku motivasi tulisan seorang doktor Muslim Melayu, yang mengatakan sebagai seorang penuntut perubatan masanya memang sangat sibuk. Mana mungkin mahu diluangkan masa untuk perkara-perkara lain seperti membantu sahabat yang sakit atau sebagainya. Tetapi disebabkan kewajipan dia tetap meluangkan masa belajar dia dengan membantu rakan-rakan. Mungkin sebagai balasan, Allah memudahkan dia mempelajari, memahami dan mengingati semasa dia mengulangkaji. Tidak rugi kan, 2 in 1.

"Barangsiapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya"


Suara Mahasiswa

Alhamdulillah, masih terdapat mahasiswa yang lantang dan tegas dalam isu-isu semasa (kebiasaannya lokaliti dan nasional). Bukanlah bermakna apabila bersuara, ukhuwah tidak terjaga.

Kebiasaannya, mereka yang bersuara akan terdedah dengan perselisihan prinsip dan pendapat. Untuk memelihara ukhuwah dalam berbeza pendapat memerlukan individu itu benar-benar memahami perbezaan antara Ukhuwah dan Prinsip.

Rasulullah s.a.w. teguh menyebarkan dakwah Islam di awal Kemunculan Islam di Mekah. Ayah saudaranya, Abu Thalib, yang menjaganya semenjak kecil, tidak menerima dakwah Islam, tetapi itu tidak menghalang Rasulullah s.a.w. daripada terus berbuat baik kepada Abu Thalib. Malah, Abu Thalib pernah memujuk supaya Rasulullah s.a.w. tidak lagi berdakwah, namun ditolak dengan baik dan tegas oleh Rasulullah s.a.w.

Itulah salah satu contoh konsep prinsip dan ukhuwah yang harus diteladani oleh kita yang keliru samada mahu bersuara atau tidak. Ya, masing-masing punyai kondisi yang berbeza dalam bersuara. Kerana itulah, laksanakanlah ia secara berhikmah.

"Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan berhikmah"

Berhikmah ini bergantung kepada suasana, berlembut atau kasar, bergantung kepada keberkesanan dan penerimaan orang. Jika dengan berkasar atau berlembut itu, menyebabkan hati orang itu terbuka dan terkesan, itulah yang lebih baik. Rasulullah sendiri pernah mencekak leher baju Umar Al Khattab (sebelum memeluk Islam) bagi menghadapi Umar yang berjiwa ganas dan kasar.

BERSIH 2.0


Terkini Menteri Dalam Negeri telah mengharamkan BERSIH 2.0. Info-info lain berkenaan isu ini boleh didapati dalam media seperti Utusan Online, Malaysiakini, Harakahdaily dan lain-lain, saya tidak mahu mengulas buat masa ini. . Apakah peranan kita sebagai mahasiswa? Bak kata nabil : Lu pikirlah sendiri

Sekian.

p/s : post saya kali ini 'bercanggah' dengan post saya sebelum ini. Apa boleh buat, saya tak mampu.