Wednesday, February 2, 2011

Egyptian Intifada ..


Secebis kronologi

Rusuhan telah bermula sejak 25hb Januari lepas, sehari sebelum Commed Assesment, dua hari sebelum cuti umum.

27hb, talian sms disekat di malam hari. Laman Facebook juga disekat tetapi kewujudan hackers menyebabkan Facebook terus boleh dilayari sebelum Internet disekat keseluruhannya beberapa jam selepas itu.

28hb, panggilan telefon disekat di Kaherah. Di mansurah, panggilan telefon terganggu dengan teruk.

sehingga kini, rusuhan terus berlaku. Alhamdulillah internet sudah kembali 'sembuh'

Sikap Pelajar Malaysia

Dalam tempoh rusuhan ini, aku dapat memerhatikan beberapa perkara.

"Yeah! harap-harap Mubarak jatuh"

"bangang betul perusuh-perusuh ni, buat huru hara je, aku nak bercuti pon susah"

"ikutlah, ada perusuh pun, yang penting aku dah selamat kat Malaysia ni"

"Minta maaf sebab tidak dapat bersama-sama korang kat Mesir, harap-harap korang selamat, kitorang risaukan dan doakan korang"

"Susah sikit pon takpelah, daripada rakyat Mesir terus berada bawah kezaliman dan ditindas Pak Husni"

Orang Arab pula

Jika diperhatikan, kebanyakan rusuhan mula-mula tercetus di kawasan yang majoritinya adalah orang miskin.

Aku sempat melihat demostrasi di hadapan rumah, aku melihat terdapat arab yang hanya memerhatikan dan melihat sahaja kumpulan demostrasi berlalu instead of menyertai.

Ada juga orang yang mengatakan Protes ini menyebabkan kehidupan harian mereka terganggu.

Diri ini lebih utamakah?

Aku merasakan sikap sesetengah orang yang hanya mementingkan diri sendiri di kala musim rusuhan ni disebabkan kurangnya kesedaran tanggungjawab terhadap hak-hak orang lain.

Cukuplah sekadar keluarga dan perniagaan mereka selamat, tidak perlu menghiraukan kedaifan fakir miskin.

Biarlah kawan-kawan bersusah di Mesir, asalkan diri sendiri senang di luar sana tanpa berusaha membantu sekadar termampu.

Biarlah luncai dengan labu-labunya

Semoga rakyat mesir diberikan kemenangan dan keselamatan pelajar malaysia di mesir, mansurah terutamanya sentiasa selamat.