Wednesday, November 24, 2010

Senioriti, Kepimpinan, Ketaqwaan

Fakta

Umur kedua-dua calon pengerusi, Azizi dan Bullet, 21 tahun. Cumenya Azizi di Tahun 3 dan Bullet di Tahun 4.

Boleh kata, Azizi lebih muda daripada Bullet.

Usamah bin Zaid

Pagi tadi saya sempat membaca fiqh sirah, saya terbaca kisah peperangan yang mana Usamah bin Zaid diarahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi Ketua Panglima Perang.Nama peperangan saya tidak ingat, tetapi seingat saya adalah untuk melawan tentera Rom.

Usamah bin Zaid adalah anak kepada Zaid bin Harithah. Ketika peperangan itu, beliau berumur 18tahun.

Maka seperti biasa, golongan munafik mula 'bercakap belakang', menghasut, mencela serta mempertikaikan pelantikan Usamah bin Zaid atas alasan beliau muda lagi.

Apabila Rasulullah mendapat tahu, beliau berkata "Sesiapa yang mencela kepimpinan Usamah bin Zaid bermakna dia mencela kepimpinan Zaid bin Harithah"

(tegur saya jika saya salah bgtahu sirah)

Kepimpinan dan Ketaqwaan

Islam tidak pernah membezakan antara yang muda mahupun yang tua, kerana kedua-duanya adalah rantai-perjuangan. Yang membezakan antara kedua-duanya adalah ketaqwaan. Yang membezakan antara kepimpinan yang berkesan adalah sifat kepimpinan.

Jika yang lebih muda itu lebih bersifat ketaqwaan dan kepimpinan, maka dialah yang lebih layak untuk menjadi pemimpin dan imam bagi umat Islam.

Azizi


Andaikata asbab tahun 4 semata-semata itu lebih layak untuk menjadi exco, sudah pasti saya dan hanif mahamud akan menawarkan diri untuk bertanding menjadi Pengerusi PCM.

Tetapi, kami melihat, Azizi itu lebih layak biarpun azizi baru di tahun 3. Kerana sifat kepimpinan yang sudah terbukti dan keperibadian muslim yang disenangi ramai.

Fikirkan.

Kalau andaikata senioriti itu lebih utama daripada kepimpinan, pastinya Senior-senior tahun 5 dan tahun 6 yang mendokong PCM akan turut bertanding. Melainkan mereka merasakan kepimpinan dan ketaqwaan itu lebih penting.

Kepimpinan Azizi

Saya sudah nyatakan dalam tulisan saya sebelum ini dalam posting Pengalaman terbukti Memacu Perubahan (Klik)

Keperibadian Azizi

Juga sudah saya 'video'kan dan tuliskan dalam posting saya yang bertajuk Mr Clean (Klik)

Bagaimana pula anda?

Kini sudah beberapa exco kekal termasuk saya, juga beberapa bakal exco sesi depan termasuk timbalan pengerusi II menyatakan kepercayaan kepada Azizi sebagai Pengerusi PCM. Boleh rujuk blog rasmi azizi KLIK

Bagaimana pula anda?

Undilah Azizi sebagai Calon Pengerusi PCM
Kualiti Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All

Nota :

Saya tidak menyatakan ahli pcm lain dan calon exco-exco lain tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ketaqwaan. Cumenya ciri-ciri itu lebih jelas pada Azizi dan saya lebih yakin kepada Azizi berdasarkan kepada perkenalan saya dan selama saya bekerja bersamanya. (boleh rujuk tulisan-tulisan saya sebelum ini)

No comments:

Post a Comment