Wednesday, November 24, 2010

Senioriti, Kepimpinan, Ketaqwaan

Fakta

Umur kedua-dua calon pengerusi, Azizi dan Bullet, 21 tahun. Cumenya Azizi di Tahun 3 dan Bullet di Tahun 4.

Boleh kata, Azizi lebih muda daripada Bullet.

Usamah bin Zaid

Pagi tadi saya sempat membaca fiqh sirah, saya terbaca kisah peperangan yang mana Usamah bin Zaid diarahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi Ketua Panglima Perang.Nama peperangan saya tidak ingat, tetapi seingat saya adalah untuk melawan tentera Rom.

Usamah bin Zaid adalah anak kepada Zaid bin Harithah. Ketika peperangan itu, beliau berumur 18tahun.

Maka seperti biasa, golongan munafik mula 'bercakap belakang', menghasut, mencela serta mempertikaikan pelantikan Usamah bin Zaid atas alasan beliau muda lagi.

Apabila Rasulullah mendapat tahu, beliau berkata "Sesiapa yang mencela kepimpinan Usamah bin Zaid bermakna dia mencela kepimpinan Zaid bin Harithah"

(tegur saya jika saya salah bgtahu sirah)

Kepimpinan dan Ketaqwaan

Islam tidak pernah membezakan antara yang muda mahupun yang tua, kerana kedua-duanya adalah rantai-perjuangan. Yang membezakan antara kedua-duanya adalah ketaqwaan. Yang membezakan antara kepimpinan yang berkesan adalah sifat kepimpinan.

Jika yang lebih muda itu lebih bersifat ketaqwaan dan kepimpinan, maka dialah yang lebih layak untuk menjadi pemimpin dan imam bagi umat Islam.

Azizi


Andaikata asbab tahun 4 semata-semata itu lebih layak untuk menjadi exco, sudah pasti saya dan hanif mahamud akan menawarkan diri untuk bertanding menjadi Pengerusi PCM.

Tetapi, kami melihat, Azizi itu lebih layak biarpun azizi baru di tahun 3. Kerana sifat kepimpinan yang sudah terbukti dan keperibadian muslim yang disenangi ramai.

Fikirkan.

Kalau andaikata senioriti itu lebih utama daripada kepimpinan, pastinya Senior-senior tahun 5 dan tahun 6 yang mendokong PCM akan turut bertanding. Melainkan mereka merasakan kepimpinan dan ketaqwaan itu lebih penting.

Kepimpinan Azizi

Saya sudah nyatakan dalam tulisan saya sebelum ini dalam posting Pengalaman terbukti Memacu Perubahan (Klik)

Keperibadian Azizi

Juga sudah saya 'video'kan dan tuliskan dalam posting saya yang bertajuk Mr Clean (Klik)

Bagaimana pula anda?

Kini sudah beberapa exco kekal termasuk saya, juga beberapa bakal exco sesi depan termasuk timbalan pengerusi II menyatakan kepercayaan kepada Azizi sebagai Pengerusi PCM. Boleh rujuk blog rasmi azizi KLIK

Bagaimana pula anda?

Undilah Azizi sebagai Calon Pengerusi PCM
Kualiti Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All

Nota :

Saya tidak menyatakan ahli pcm lain dan calon exco-exco lain tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ketaqwaan. Cumenya ciri-ciri itu lebih jelas pada Azizi dan saya lebih yakin kepada Azizi berdasarkan kepada perkenalan saya dan selama saya bekerja bersamanya. (boleh rujuk tulisan-tulisan saya sebelum ini)

Monday, November 22, 2010

Mr Clean

Saya dahulukan posting saya kali ini dengan sebuah video. Minta sahabat-sahabat ahli pcm tonton dahulu sebelum menyambung pembacaan posting saya..



Mr Clean dan Kejayaan

1. Pak Lah, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, dipilih untuk memimpin UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional Malaysia disebabkan faktor rekodnya yang bersih dari sebarang unsur-unsur kontroversi dan rasuah.

Ciri-ciri itu membolehkan Barisan Nasional meraih kepercayaan dan keyakinan ahli-ahli UMNO, rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional serta rakyat Malaysia

Atas faktor itu, Barisan Nasional mampu meraih kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Malaysia pada tahun 2004, mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional selepas dibadai reformasi.

2. Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz terus bertahan sehingga 20 tahun. Meskipun di'himpit' oleh pihak-pihak tertentu dalam menguruskan kerajaan negeri, rakyat negeri Kelantan terus memberikan undi kepada PAS untuk memerintah Kelantan.

Antara faktornya adalah faktor Nik Aziz itu sendiri yang boleh kita gelarkan juga sebagai Mr Clean. Sehinggakini tiada siapa yang dapat membuktikan bahawa Nik Aziz terlibat dalam rasuah dan salah urus pentadbiran.

Mr Clean PCM

1. Sejak diawal penubuhan PCM sehingga sekarang, PCM sering dibadai ombak kontroversi, adakalanya ia menghampiri tsunami kontroversi dan Alhamdulillah di atas tindakan cekap kepimpinan PCM semasa dan terdahulu, PCM terus bertahan membina asas seterusnya mengukuhkan pasaknya.

2. Apabila PCM dilanda kontroversi, kadang-kadang ia akan turut mencalit kepimpinan PCM. Tetapi, terdapat di kalangan pimpinan PCM yang bertindak matang untuk tidak turut tercalit. Antara pimpinan ini, ialah Ahmad Azizi b Md Jusoh, calon Pengerusi PCM sesi 2010/2011.

3. Ciri-ciri inilah yang diperlukan untuk membersihkan imej PCM di kalangan ahli pcm mahupun pihak luar. Sesiapapun pasti tidak mempunyai masalah untuk berurusan dan berinteraksi dengannya.

4. Dengan imejnya yang bersih, pasti beliau dapat melonjakkan usaha menarik mahasiswa Malaysia di Universiti Mansurah daripada pelbagai kursus dan latar belakang sekaligus memudahkan PCM menyalurkan bantuan akademik dan kebajikan kepada mereka.

5. Unsur ini juga adalah penting, kerana imej 'Mr Clean' akan meningkatkan kepercayaan barisan exco-exconya terhadapnya mengetuai kepimpinan PCM. selain menjadi contoh kepada ahli-ahli PCM.

Seruan saya

Undilah Azizi untuk Calon Pengerusi PCM
Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All

note:

1. terima kasih kepada ***** yang sudi merakam video


Saturday, November 20, 2010

Buktikan Mahasiswa Mansurah Berpolitik Bersih

Akidah dan Silaturrahim

Semasa di awal penyebaran Islam, apabila Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menyebarkan Islam secara terang-terangan, baginda mendapat pelbagai bentuk 'feedback' daripada kaum kerabat baginda sendiri. Ada yang menentang, ada yang menerima dakwah Islam.

Pakcik baginda, Abu Talib adalah antara mereka yang tidak menerima cahaya dakwah Islam. Namun Abu Talib tidaklah menentang Nabi s.a.w. Meskipun Pakciknya tidak menerima dakwah Islam, Baginda tetap menghormati pakciknya.

Malah, pernah satu ketika, Pakciknya memujuk Nabi s.a.w untuk mengalah kepada Kaum Musyrikin Quraisy, baginda menolak secara baik dan terus berpegang kepada akidah dan menyebarkan Islam.

Baginda selalu berdoa agar Pakciknya diberikan hidayah, tetapi, hidayah adalah milik Allah. Tugas kita adalah menyebarkan dakwah sahaja. Baginda juga berdoa agar azab seksaan kepada Pakciknya diringankan.

Berprinsip tanpa Mengabaikan Ukhuwah


Saya dahului dengan meminta maaf jika kempen saya sebelum ini ada menyentuh peribadi mana-mana pihak. Saya sudah amat berhati-hati dalam berkempen supaya tidak menyentuh peribadi calon-calon Pengerusi yang kedua-duanya adalah sahabat saya dan rakan sekerja.

Saya memilih Azizi sebagai Calon Pengerusi pilihan saya, dan sejak dahulu saya dan sahabat saya Bullet, kami sama-sama berbincang mengenai gerak kerja akademik. Keadaan itu kekal sehingga sekarang. Semenjak hari pencalonan hingga sekarang, saya kerap menziarahi mereka, bersembang, bergurau, dan kekal merancang gerak kerja akademik malah tidur di rumah mereka. Tiada istilah ukhuwah antara kami keruh biarpun berlainan pandangan dan prinsip.

Berprinsip tanpa mengabaikan Ukhuwah. Itulah yang mahu kita terapkan dalam pemikiran setiap mahasiswa di Mansurah khususnya.

Buktikan Mahasiswa Mansurah Berpolitik Bersih

Kedua-dua calon Pengerusi adalah mereka yang bekerja untuk PCM. Maka, Saya mengharapkan kepada semua penyokong, penyokong-penyokong calon pengerusi pilihan saya, Azizi khususnya supaya tidak menyentuh peribadi calon pengerusi pilihan pihak lain, Bullet.

Kempenlah selambung-lambungnya peribadi, pembawakan, pembaharuan, manifesto, moto Azizi. Tapi jangan sekali-kali menyentuh calon pengerusi lain.Kempenlah secara sihat, jangan memburukkan, menjatuhkan pihak lain.

Jangan biarkan politik mahasiswa dicemari. Politik dalam Islam adalah bersih, tetapi sering dikotori oleh-oleh anasir-anasir mazmumah. Politik mahasiswalah yang akan mencorak politik masa depan Malaysia.

Mahasiswa mencorak masa depan Malaysia. Bersih politik mahasiswa, bersihlah politik Malaysia nanti. Kotor politik mahasiswa, kotorlah politik Malaysia nanti.

Demokrasi Kebebasan Bersuara

Demokrasi membenarkan semua orang untuk bersuara. Berikanlah pandangan anda secara ilmiah. Anda boleh memilih samada nak memberitahu atau merahsiakan calon pilihan anda. Tiada orang yang boleh memaksa anda. Jika ada, saya nasihatkan untuk laporkan pada JPC, pihak JPC akan mengambil tindakan selanjutnya.

Suara anda, Pilihan anda, Calon anda, Undi anda... Semuanya adalah hak anda.

Suara Saya

Undilah Azizi untuk Calon Pengerusi PCM
nafas segar, perubahan, kualiti
bukannya retorik
Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All

Pengalaman terbukti Memacu Perubahan

(Undilah Azizi untuk Kualiti, Nafas Segar, dan Perubahan PCM)

Setiap orang adalah pemimpin, setiap orang mempunyai idea-idea, setiap orang ingin membawa perubahan, namun yang membezakan antara setiap pemimpin ini adalah ilmu pengalaman dan kepimipinan.

Mengapa Pengalaman dan Kepimpinan amat diperlukan

1. Sir Alex Ferguson sendiri sebelum menjadi Manager utk Manchester United, beliau sendiri adalah pemain bola dan pernah mengurus beberapa kelab termasuk skuad bola sepak negara beliau sendiri. Dengan ilmunya dalam bola sepak, pengalamannya dalam bermain dan mengurus serta kepimpinannya selaku seorang manager telah melonjakkan nama beliau dan Manchester United sendiri. Lihatlah Manchester United sekarang!!

2. Tun Dr Mahathir beliau sendiri sebelum menjadi Perdana Menteri, naik beberapa anak tangga. Tidak terus ke Puncak. Beliau adalah seorang Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini menunjukkan penting bagi seorang pemimpin menimba pengalaman dalam kepimpinan, pengurusan, kefahaman dalam gerak kerja, pengolahan idea dan cadangan sebelum menjadi seorang yang benar-benar berkaliber. Sehinggakini, walaupun sudah meletakkan jawatan, pandangannya tetap diambil.

3. Keterlibatan Anwar Ibrahim dalam kepimpinan ABIM dan UMNO menjadikan beliau seorang tokoh Malaysia yang amat disegani di Malaysia malah seluruh dunia. Beliau memegang beberapa Kementerian sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau bersama-sama Mahathir memacu Malaysia ke arah negara moden.

Beliau terus memacu perubahan meskipun berada di dalam kelompok pembangkang. Kerana ketokohannya, pengalamannya dan kepimpinannya sehinggakini beliau terus disegani oleh penyokong dan musuh, ditakuti oleh pihak musuh. Beliau juga diyakini oleh Pakatan Rakyat untuk dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Malaysia.

4. Arwah Dato' Fadzil Mohd Noor menuntut di Mesir. Beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Penerangan ABIM, kemudiannya Timbalan Presiden ABIM.

Di dalam PAS, sebelum menjadi Presiden PAS menggantikan TG HJ Yusof Rawa, beliau menjawat Naib Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS.

Malah, meskipun adalah seorang yang memegang teguh prinsip Islam dan secara terang-terangan menzahirkan Islam. Beliau diberi kepercayaan menjadi Ketua Pembangkang kepada ahli-ahli parlimen pembangkang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Menunjukkan ilmunya dalam Islam, kepimpinannya dan pengalamnnya dalam menguruskan organisasi menjadikan beliau mampu melonjakkan nama PAS dan beliau sendiri malah mengorak satu corak baru dalam politik malaysia dengan terlibat dalam penubuhan PKR dan kewujudan pakatan pembangkang.

Azizi Md Jusoh

1. Ketua Pengawas semasa di Tahun 3 untuk sesi petang.
2. Ketua Pengawas semasa di Tahun 6
3. Ketua Pelajar dan Ketua Asrama semasa di sekolah menengah
4. Pengerusi Nadi Tarbiyah Pelajar, Kolej Matrikulasi Melaka 07/08
5. Ajk Unit Pembangunan Insan 08/09
6. Ketua Unit Pembangunan Insan 09/10
7. Pemangku Pengerusi PCM (musim panas)


Pengalaman dalam pelbagai organisasi? ya!
Kepimpinan sudah terbukti? ya!
Kemampuan membawa perubahan?? Sudah pasti!!!

Undilah Azizi untuk Nafas Baru dan Perubahan
bukan sekadar retorik
Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

PCM for All



Friday, November 19, 2010

Kualiti, Kebajikan dan Kebebasan

(Calon Pengerusi Azizi Menyampaikan Hadiah Penghargaaan kepada Dr Muhammad, Pegawai Tinggi GMN semasa Program Seminar Akademik SINAR '10 pada PSMB 2010/2010. Beliau optimis untuk memperbaiki hubungan PCM dengan pihak luar)

(Beliau tidak pulang ke Malaysia pada musim panas lepas , selaku Pemangku Pengerusi PCM, Azizi tetap 'turun padang' menyambut adik-adik baru yang tiba ke mesir selepas raya, beliau sedia berkorban masa, tenaga dan harta, mementingkan kepentingan ummah berbanding diri sendiri)

(Azizi merupakan Pengerusi Nadi Tarbiyah Pelajar, Kolej Matrikulasi Melaka 07/08. Pengalamannya dalam kepimpinan amat-amat diperlukan dalam usaha untuk mengukuhkan PCM)

SAYA SELAKU EXCO KEKAL PCM MEMBERI SEPENUH KEPERCAYAAN DAN BERSEDIA BERKHIDMAT DI BAWAH KEPIMPINAN AZIZI
UNDILAH AZIZI SEBAGAI PENGERUSI PCM 10/11
KUALITI, KEBAJIKAN DAN KEBEBASAN

PCM for All

note :
dalam post seterusnya saya akan menulis berkenaan latar belakang pengalaman, pendidikan serta manifesto-manifesto Azizi.

Thursday, November 18, 2010

Sejauh Mana


Sebelum saya menyatakan calon pilihan Pengerusi saya, ada baiknya saya memberitahu sejauh mana saya mengenali mereka.

Saya mulakan dengan Azizi.

Saya mula mengenali Azizi di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) sebelum saya memutuskan untuk menyambung ke Mesir. Pengalaman berharga saya selama 4 minggu di KMM lebih kepada bekerja di dalam medium AJK SURAU / Nadi Tarbiyah Pelajar (NTP). Ketika itu saya dan Azizi adalah Majlis Tertinggi di dalam AJK SURAU / NTP. Sepemergian saya ke Mesir, saya mendapat tahu Azizi 'dinaikkan pangkat' dengan dilantik menjadi Pengerusi AJK SURAU / NTP.

Kemudiannya, di tahun ke 2 saya di sini, Azizi pula menyusuli. Di tahun ke 2 saya selaku Exco Ekonomi, Azizi adalah seorang AJK UPI.

Di tahun ke 3, kami bekerja bersama di dalam PCM ,saya memegang portfolio selaku Exco Akademik, dan Azizi pula selaku Exco Unit Pembangunan Insan.

Semasa cuti musim panas lepas, saya bekerja sebentar di bawah Azizi pula apabila dia dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Pengerusi PCM di masa kebanyakan Exco PCM pulang ke Malaysia untuk bercuti termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi I.

Bullet pula,

Selepas keluar dari KMM, saya mengikuti kursus bahasa arab anjuran GMN di UKM sebelum 'terbang' ke Mesir. Di sini antara kenalan awal saya adalah Bullet.

Pada tahun pertama dan kedua di Mesir, saya terus bersahabat dengan Bullet. Di tahun kedua saya mengenali Bullet sebagai sahabat dan juga Ajk Akademik.

Di tahun ketiga, di saat saya menjadi Exco Akademik, saya mengambil Bullet menjadi AJK saya selaku Ketua Lajnah Perancangan bekerja bersama dua lajnah lain.

Pada bulan 10 lepas, saya merombak 'kabinet' saya dengan 'memecahkan' Lajnah Perancangan kepada 3 bahagian. Di sini Bullet diamanahkan untuk menjadi Ketua Lajnah Perancangan Konvensional .

Selesai.

Maka berdasarkan kepada sejauh mana perkenalan saya bersama mereka, maka bolehlah saya katakan yang saya dapat menilai keperibadian mereka dan gerak kerja berpersatuan mereka yang menjadi faktor penting dalam memlih calon Pengerusi.

bersambung ke posting seterusnya....

PCM for All.

Nota :

*AJK SURAU KMM atau Nadi Tarbiyah Pelajar (nama baru) adalah sebuah persatuan yang sah dan berdaftar di bawah Kolej Matrikulasi Melaka yang menggunakan Masjid KMM sebagai medium utama dan pusat operasi. Antara matlamatnya adalah menjaga biah solehah, amar makruf nahi munkar, meningkatkan modal insan dan memberikan kefahahaman Islam secara menyeluruh kepada seluruh pelajar KMM.

*Unit Akademik mempunyai 3 Lajnah iaitu Lajnah Multimedia dan Publisiti, Lajnah Maklumat dan Statistik dan Lajnah Penyelidikan dan Perancangan. Lajnah Penyelidikan dan Perancangan bertanggungjawab terhadap aktiviti akademik mahasiswa daripada semua kursus. Rombakan dibuat supaya pengkhususan gerak kerja lebih berkesan.

*Saya hanya menulis sejauh mana perkenalan saya dengan kedua-dua calon ini, jika ada yang tidak dicatatkan bermaksud saya tidak mengetahui.

Penilaian Pengerusi


Kita menghampiri cukup 3 hari tempoh berkempen, dan keesokkannya Calon-calon AJK PCM akan mula berkempen secara rasmi di Hari Pengenalan Calon, meninggalkan baki kemudiannya selama 7 - 8 hari untuk berkempen sebelum hari pengundian pada 25 dan 26 hb.

Kita telah saksikan satu calon telah mula berkempen dengan manifestonya dan satu calon lagi mengambil pendekatan 'berdiam diri' dahulu. Mungkin kerana itu, saya masih tidak lagi menyatakan calon pilihan Pengerusi saya kepada umum.

Jesteru itu, saya menyeru kepada semua ahli yang layak mengundi untuk bersikap adil dengan menilai manifesto dan kemampuan dari dua pihak. Kemudiannya buatlah keputusan sebaik mungkin.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada JPC kerana membuka ruang demokrasi seluas-luasnya. Juga kepada ahli-ahli yang bersedia untuk berkhidmat menjadi calon terutamanya calon Pengerusi.

Bagi calon Timbalan Pengerusi II, saya tidak mengambil berat sangat, kerana sudah 'terang lagi bersuluh' siapa yang akan menang. Bagi calon-calon AJK PCM lelaki dan perempuan, tidaklah sepenting Pengerusi dan juga saya lihat kesemua yang dicalonkan berkemampuan. Sedikit masa lagi kita akan saksikan calon-calon pilihan saya.

Saya merasakan pendirian saya akan mempengaruhi. Jika ya, baguslah. Jika tidak, abaikan.

PCM for All.

PCM for ALL

alhamdulillah,

1) PERUBATAN sudah melangkah setapak kehadapan apabila memperkenalkan sistem pemilihan jawatankuasa baru. Biarpun masih terdapat beberapa kelemahan pada pandangan saya, namun ia sudah cukup untuk membuktikan PERUBATAN dan PCM sudah bersedia untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berdaya saing, bersedia, kental terhadap ujian mental khususnya.

2) Jika kita lihat pada muka-muka baru dalam pemilihan kali ini, cukup untuk membuktikan PCM masih mempunyai pengaruh yang kuat selain pelapis-pelapis yang sedia untuk bekerja dan berkorban untuk PCM. Ini sekaligus menolak tanggapan bawaha PCM 'syok sendiri' dan akan terkubur dalam masa beberapa tahun lagi.

3) Peningkatan calon dari kalangan kursus perubatan mansoura-manchester di dalam senarai ajk dan kesediaan Qatrnada untuk berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi II PCM membuktikan PCM bukanlah milik perubatan konvensional sahaja tetapi milik semua. Malah saya sendiri menyokong jika di masa hadapan ajk-ajk PCM majoritinya terdiri daripada mansoura-manchester malah pengerusi PCM sekalipun.

4) Muka-muka lama selaku hardcore dan orang kuat PCM mengambil jalan memberi laluan kepada muka-muka baru. Tiada istilah PCM dimiliki oleh batch-batch tertentu. Tiada istilah tamak jawatan. Saya yakin meskipun mereka bukan lagi berdiri di dalam AJK PCM, mereka akan terus menyokong, mendokong, menasihati muka-muka baru.

5) Kali ini calon-calon PCM bukan lagi dimonopoli oleh negeri-negeri tertentu. Prinsip dan pembawakan PCM terbukti sesuai untuk semua negeri sekaligus menolak tanggapan PCM milik 'ore kelate'.

6) Mereka juga terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Variasi yang amat penting dalam mendekati setiap ahli yang juga pelbagai.

7) PCM memegang prinsip demokrasi dengan membenarkan ahli-ahli bertanding merebut jawatan AJK termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi II. Tiada sekatan. PCM milik ahli dahulu, kini dan selamanya. Setiap ahli berhak menyuarakan pandangan, komen dan kritikan, bertanding, berkempen, mengundi calon pilihan masing-masing.

8) Tidak kurang pentingnya, calon-calon PCM kali ini juga terdiri daripada semua ajensi dan tajaan. PCM tidak pernah membezakan mereka yang datang melalui siapa pun, yang penting mereka adalah penuntut malaysia di Universiti Mansoura. Kebajikan dan akademik mereka akan terus diambil berat dan dibantu.

9) Perbezaan ideologi sangat membantu dalam mengukuhkan PCM. Biarpun terdapat mereka yang berbeza pandangan politik dan jemaah, tetapi di bawah payung PCM mereka bersatu. PCM amat meraikan pandangan dan perbezaan ideologi asalkan tidak tergelincir daripada perlembagaaan PERUBATAN.

10) PCM tidak bergerak keseorangan, networking yang merangkumi mansurah, alexandria, tanta dan zagazig ini berpusat di Kaherah. Gerak kerja di setiap muhafazah dikongsi bersama. Setiap penyelesaian masalah yang timbul dan aktiviti yang mempunyai titik persilangan dibincangkan dan diaplikasikan di setiap muhafazah.

11) Sejak di awal penubuhan sehinggakini, PERUBATAN (termasuk PCM) dinaungi oleh JPMK. Hubungan yang baik antara dua pihak ini meningkatkan keberkesanan PERUBATAN untuk menyalurkan kebajikan kepada semua mahasiswa/i perubatan, pergigian dan farmasi. Kerajaan Malaysia melalui JPMK akan merujuk PERUBATAN sekiranya memerlukan informasi dan bantuan berkenaan mahasiswa/i perubatan, pergigian dan farmasi.

12) PCM melalui aktiviti dan program samada berbentuk berkala atau tahunan terus menerus berusaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Smart Circle, Ceramah Motivasi, Kelas Agama Mingguan, Jaulah, Sukan akan terus dipergiatkan selain diperbaiki kelemahan.

13) Akhir sekali dan terpenting, agenda dan fokus terhadap akademik tetap menjadi fokus pertama selari dengan agenda pembangunan modal insan seorang bakal doktor muslim. Kepimpinan PCM tidak pernah menjadikan kesibukan dalam berkhidmat menyebabkan mereka gagal dalam akademik. Segala Puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki kepada hamba-hambanya yang berkhidmat kepada NYA, semua AJK PCM berjaya lulus ke tahun seterusnya.

Sekian. PCM for ALL.