Saturday, October 16, 2010

Hmmm

Artikel ini tak menggambarkan pendirian saya

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.

Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.

sumber : klik

Monday, October 11, 2010

Nasib Melayu ditadbir Kerajaan Melayu


"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.


"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.

Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

"Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

"Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus," katanya.

Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.

************************************************************

diambil dari sini

Monday, October 4, 2010

Wujudkan Agensi Alternatif

Assalamualaikum wbt

selamat hari raya, maaf zahir batin. selamat kembali ke kuliah.

di sini, saya ade satu cadangan untuk pihak pimpinan PERUBATAN mahupun cawangan ataupun bekas2 pimpinan yang kini sudah pulang dan sudah bekerja di Malaysia.

cadangan ni telah saya salurkan secara senyap2 sebelum ni. tapi saya lihat tiada respon. mungkin abang2 kakak2 lama boleh pikirkan

Kita melihat hari ni , dari tahun ke tahun, ajensi terus menghantar pelajar2nya ke sini. Ada ajensi yang memberikan kerjasama dan ade ajensi yang agak kurang sket.
dan saya lihat kite pon sudah ade bekas2 pimpinan yang telah bekerja di hospital malaysia.

cadangan saya, saya harap PERUBATAN berusaha untuk bekerjasama dengan bekas2 pimpinan atau orang2 lama yang menyokong PERUBATAN untuk menubuhkan ajensi di malaysia. (saya namekan setakat ni Ajensi PERUBATAN, saya harap tiada yang berbalah pasal name, teknikal je tu)

tujuannya
-yang utama sekali, sebagai alternatif kepada adik2 baru supaya mereka tidak datang melalui ajensi yang bermasalah.
-supaya adik2 yang datang melalui Ajensi PERUBATAN yang ditubuhkan ini, apabila datang akan terus menjadi ahli PERUBATAN yang 'komit' (xreti eja) sekaligus melahirkan pelapis2 PERUBATAN.

faedah tambahan
-ajensi yang akan ditubuhkan ini lebih berpengalaman dan lebih memahami situasi sebenar berbanding ajensi2 lain.
-akan terus mewujudkan ikatan antara orang lame PERUBATAN dengan adik2 baru sehinggalah adik2 di masa depan.
-memberi peluang kepada abang2 dan kakak lame untuk terus berkhidmat atas platform Ajensi PERUBATAN


Saya lihat ini satu keperluan, malah kemestian, memandangkan kita (pada pandangan sayalah, maaf jika tersilap) setakat ni mempunyai banyak masalah dengan ajensi2. kemudian kita bertegas tidak perlu kepada ajensi2 ini. sedangkan setiap tahun kita akan terus menerima adik2 baru. sebaiknya jika kita menghadapi sesuatu isu, kita memberikan alternatif yang memberi kesan yang baik kepada semua ahli PERUBATAN dan rakyat2 malaysia amnya.

memandangkan saya baru setahun jagung, tahun 4, jadi cukuplah sekadar saya memberikan cadangan. tapi jika tiada perkembangan, saya bercadang untuk mengusulkannya pada mesyuarat agung tahunan nanti.

maaf jika terkasar bahasa. sekian, terima kasih.

abu ubaidah
tahun 4 perubatan mansurah.

(kalau pihak yahoogroup perubatan 'meluluskan' email ni, terima kasih banyak2)

*************************************************************************

Di atas adalah email yang saya hantar ke YahooGroup "perubatan_mesir" bertarikh 20 september 2010. Alhamdulillah ia telah 'diluluskan' oleh pihak yahoogroup.

Harap semua sahabat2 ahli PERUBATAN (bukan mahasiswa perubatan sahaja, tetapi ahli PERUBATAN yang terdiri daripada perubatan, pergigian dan farmasi) dapat membuka minda dan emikirkan.

p/s : PERHATIAN! Mane2 mahasiswa yang masih tidak add YAHOOGROUP 'perubatan_mesir' sila add untuk sentiasa update dengan isu-isu semasa PERUBATAN dan aktiviti-aktiviti semasa.

sekian.

Friday, October 1, 2010

Erti Politik bagi Mahasiswa


P'raya Galas: PMIUM anggap Khaled terlalu paranoid


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyifatkan amaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kepada mahasiswa supaya tidak terlibat dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai aneh dan tidak selari dengan peredaran zaman.

Yang dipertuanya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata kenyataan itu menunjukkan seolah-olah Khaled terlalu paranoid jika mahasiswa terlibat dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

"Beberapa dekad mutakhir ini, mahasiswa di Malaysia diperlakukan seperti penjenayah yang dikuarantin dalam kampus dan tidak dibenarkan untuk menghirup udara segar demokrasi dalam negara, sebagaimana anak muda yang seusia di luar kampus.

"AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) menjadi hantu kepada mahasiswa dan dijadikan bahan ugutan oleh pihak kerajaan untuk menakutkan mahasiswa sejak kebelakangan ini. "Namun, adakah mahasiswa seluruhnya memahami AUKU secara mendalam?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, dalam AUKU, perkara yang menjadi subjek perbincangan ialah seksyen 15 (a) yang tidak membenarkan mahasiswa menyatakan sokongan, simpati ataupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik dan terlibat aktif dalam politik kepartian.

"Akta ini cukup jelas menyekat mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik dalam negara, bukannya sistem politik negara.

"Saya rasa di sini timbul keraguan di antara pelaksanaan undang-undang yang mentafsirkan seksyen tersebut mengikut selera masing-masing," tambahnya.

Ahmad juga berkata, akta tersebut tidak menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh terlibat dalam pilihan raya, sama ada umum ataupun kecil. "Mahasiswa hanya dilarang untuk berkempen dan menyatakan sokongan kepada parti yang bertanding, itu sedia maklum.

"Namun, persoalan saya, jika ada beberapa calon bebas bertanding dalam pilihan raya itu nanti, maka adakah mahasiswa boleh terlibat dalam pilihanraya tersebut sedangkan calon bebas ini bertanding atas kapasiti individu, bukannya parti?.

"Maka tidak ada tindakan yang boleh dikenakan ke atas mahasiswa yang turun berkempen untuk calon bebas tersebut kerana mereka tidak boleh dikaitkan dengan parti politik yang sah.

"Di sinilah lompang dan tidak relevannya AUKU yang hanya memandang parti politik itu subjek, sedangkan objek pilihanraya masih luas dalam sistem demokrasi yang diamalkan.

"Maka saya boleh nyatakan bahawa mahasiswa boleh sama sekali terlibat dalam pilihanraya dan berkempen jika ada calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti," tegasnya.

Selain itu, Ahmad berkata, jika hanya calon dari parti politik sahaja yang terlibat, maka tidak salah juga bagi mahasiswa untuk ke sana sekadar mengikuti dengan lebih dekat amalan pilihan raya di Malaysia.

Oleh itu, kesimpulannya, tegas beliau, mahasiswa mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara sebagaimana yang dijamin oleh artikel 10 perlembagaan persekutuan.